Tuesday, February 9, 2010

Kite tengok Penyu Beteloq

Terengganu: SANGAT BES berbanding Negeri Sembilan. Oh jangan salah sangka. Maksud aku, dari segi tempat lawatannya, produk pelancongannya dan dari segi makanan lautnya. Perghhh. Memang buat terkenang-kenang. :D


Serius tahi (mahu menegakkan penggunaan Bahasa Melayu), ini merupakan KALI PERTAMA aku menjejakkan kaki ke Terengganu. Kasihan tak? dah 16 tahun hidup kat Malaysia ni, tapi ini baru pertama kali pergi sana. *cubaan menipu umur.

Antara tempat yang membuat aku gembira (Eleh, padahala pegi semua tempat pun gembira):
1. Muzium Negeri (bertingkat-tingkat dan ada segemen tertentu, tapi sayangnya, pegawai tak ramai untuk membantu dalam penerangan)
2. Taman Tamadun Islam (Ini memang menarik- sama macam kat Muzium Kesenian Islam, tapi monumen lagi besaar dan boleh pegang la~)
3. Meronda naik bot keliling Kuala Terengganu
4. Noor Arfa Batik (belajar mencanting)
5. Pasar Payang (beli tali pinggang besi macam nenek punya)
6. Marang (seafood sodaap dan murah sangat)
7. Rantau Abang (main kepala penyu. hikhik~)
8. Pantai cherating (angin sangat bessssss bley main layang-layang~)



Dah, sekarang layan gambar :P












Negeri Sembilan bukan tak bes, SANGAT BES sebab itu tanah tumpa darah aku. Best sebab ada Pn Sal ngan En Hasan. Bes sebab tempat jatuh lagi dikenang. Bes sebab adaa sume kawaan-kaawan(tapi ramai daah berhijrah). Bes sebab ada JJ (heh), Bes sebab ada jeram (padahal daah cetek), Bes sebab ada muzium Seri Menanti (tapi seraam nak lama-lama), Bes sebab ada homestay (tapi tak penah pegi pun), Bes sebab ada A&W tengah bandar (padahal servis hampeh gile), Bes sebab ada Pantai PD (padahal air dah banyak kotor, tercemar), Bes sebab ada kolam renang awam dua ringgit (tapi kolam renang perempuana selalu tutup), Bes sebab masih kaya adat (tapi aku bukan dari suku mana-mana), Bes sebab ada Dataran Seremban (tapi dorang cakap Mat Rempit je lepak sana), Bes sebab ada cendol leman dawi(tapi bila makan mangkuk kedua dah muak), bes sebab ada rojak terbaik (tapi sekarang beliau dah takde), bes sebab ada tempat buat Kristal kat Rembau (tapi jauh dari tempat pelancongan yang lain) Bes sebab ada stadium Paroi (ehek, bes ke?)


kalau orang nak melawat Negeri Sembilan, aku pun ta taw nak bawak pegi mana. :P

Tuesday, February 2, 2010

Saya Homoseksual

Tajuk ta bley blah nak bagi saspen. Bukan akulah! Aku masih normal, mencari kasih dari jalan yang halal.ecewah.ayat manis.



Tadi selak-selak kosmo! halaman global, terus terjumpa satu artikel pasal Nepal yang menghalalkan perkahwinan antara sesama gender kerana salah seorang kerabat dirajanya akan mengahwini pasangannya di salah sebuah kuil kat sana secara terbuka.



Penggubal undang-undang Nepal, Sunil Babu Pant pun merupakan seorang pengamal gay yang memang setuju sangat dengan tindakan kerabat diraja tu. Katanya, itu akan memberi impak yang bagus dalam industri pelancongan Nepal. Pant percaya program tersebut dapat melonjakkan industri pelancongan Nepal yang selama ini terumbang-ambing ekoran perang sivil yang berakhir pada 2006.



Dorang siap cakap, Nepal akan beri saingan dalam industri pelancongan gay sebab dorang pun ada menyediakan lawatan bertemakan gay termasuk kuil Hindu yang terdapat ukiran tuhan Shiva separuh wanita dan separuh lelaki.



OK, THIS IS SOOO WRONG...



Dalam kitab Al Quran, ada disebut pasal kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks secara songsang ni. Akibatnya mereka dikenakan bala yang maha dahsyat (ditenggelamkan dalam perut bumi dan dihujani tanak terbakar bertubi-tubi) sebab melanggar fitrah alam yang telah ditentukan tuhan.



Ya Allah,Kau selamatkanlah kami di bawah lindungan kasihMu, semoga manusia kembali ke jalan yang lurus. Amiin

Monday, February 1, 2010

Apabila apa yang dirancang tak menjadi

Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.
Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.Tensi.


Oke. Aku tensi rini bila dengar suara Pn Sal dlm tipon cakap Fairusz tak boleh repaint ari nih! Argh...i'm waiting for this moment for the past 3 weeks kot! Sampai terkocoh-kocoh aku jumpe Zul nak amek cat tu. Aku ingat bley setel dlm diz week, bley la berjalan dengan Fairusz secepat mungkin.


Eh, bukan bengang dgn Pn Sal. Dengan keadaan je. Sebenarnya aku hantar Fairus untuk repaint kat Penjara Seremban. Kat sana banduan-banduan dilatih untuk buat kerja-kerja teknikal camni. N upah dorang pun murah sikit berbanding kedai biasa.


Masa first time nak antar, pegawai penjara cakap, banduan yang pakar cat tu dah dibebaskan sehari sebelum aku antar kete! Sadis ta??? Kenapa kau dibebaskan encik banduan!! Kenapa?? (Oke, masih salahkan takdir)


Lepas tu bila da rearrange appointment, dorang mintak Fairusz dihantar hari ni, sebab katanya Cikgu Cat tu dah latih sorang lagi banduan untuk buat keje ni. Tapi tadi tetibe je Cikgu tu cakap, dia tak berani lagi nak repaint Fairusz sebab banduan baru ni skill die macam hampeh lagi. Dia kata selama nih, kete yang dtg sume jadi bahan eksperimen.


Dan disebabkan Pn Sal baik ngan Cikgu Cat tu, Cikgu Cat tu mintak Pn Sal hantar semula Fairusz lepas si banduan baru dah betul-betul hebat..which will take..ENTAH BERAPA MINGGU LAGI.... huuuuuuuu


Bukan, ini bukan Fairusz. Ini kereta sape ntah comel ada gambar Snoopy


Fairusz sayang..huu




Fairusz..aku tahu kau rileks, aku je yang tak sabar nak tgk ko jadi macam kristal...huuuuu... Oke, Cikpin. Tarik napas. Benda ni tak patut bley buat ko ilang mood.


huh, mood dah lari-lari anak pun. T.T

Thursday, January 28, 2010

Musykil Benar

Baru-baru ni aku ada makan pil supplement.
Besar giler pil die. Adalah macam syiling 50 sen.
Dan setiap kali makan kena telan 2 biji. Dan aku telan 2 kali sehari.




Aku makan pun sebab nak membantu sistem perkumuhan yang kadang2 okke, kadang2 sengal je. Lagipun mendalah ni banyak fiber, jadi seharusnya aku akan rasa kurang lapar sebab da banyak karbohidrat aku telan.


AL-MALANGNYA,

aku rasa aku makin kuat giler makan! yang positifnya, tiap2 pagi memang aku ke toiletlah.

Tapi teruk gile la kan sampai aku aseek na makan je keje. dah makan nasi, makan roti plak, pastu makan pai plak, pastu makan ciken cop plak. WAH! sadisss gilee nih!


Aku syak ada 2 perkara je:

1. Emosi tak stabil sebab sakit gusi (Woh, da sakit gusi pun banyak makan juge)

2. Pil Supplement tu ada letak serbuk weight gain

ataupun

3. Mengandung


Tapi aku takde hasben, jadi yang ketiga kompem salah.



p.s alat senaman Pn Sal mcm tak praktikal je walaupun beliau claim buleh rampingkan pinggang. (nanti aku tunjuk gambar)

Wednesday, January 27, 2010

Di luah ta dpt kerja, di telan terpotong gaji

Adoi..ada suatu kabar yang tak best aku terima. Ada ke patut membe aku (di kalangan mereka yang rapat dgn aku) mencurang di belakang boipren beliau? Walaupun aku ta nampak fenomena beliau mencurang di hadapan aku, tapi dah banyak sangat mulut yang bercerita.

Jiran tetangga dok cakap,
Budak bangunan sebelah opis dok cakap,
Yang paling latest, budak bakeri selang 2 bangunan pun bercakap.

Sebenarnya, aku penah face to face dengan beliau mengenai hal beliau mencurang ni. Tapi mati-mati beliau menafikan kecurangan nyata beliau. Camne aku nak nasihat kalau die ta mahu mengaku? Oke. eventhoughdie ta penah ngaku pun, aku dah beri kate dua pada beliau.

AKu penah cakap "kasihanlah encik boipren jika benar anda memperlakukan beliau sebegitu. Dahla beliau ikhlas dengan anda, tapi di belakang beliau, ketika beliau tiada di sisi anda, anda cari plak lelaki lain untuk bermanja. Adilkah itu?"

tapi jawapan beliau cumalah "Ai tak sangka orang bley pandang serong. Ai anggap die macam adik ai je..Lagipun ai tak mungkin tinggalkan encik boipren. Beliau la sapot idup ai selama ni. from head to toe."

KEPALA KAU ADIK! kalau kete pun ko kasi pegang berhari-hari. Siap anta jemput ko pegi keje! KEPALA KAU ADIK! kalau die dtg umah tanpa pengetahuan kiteorang! kau nak sembunyikan hape hah??!! KEPALA KAU ADIK, kalau dah ramai plak yang bercakap korang tu kapel!!


Haih. tapi secara personal, beliau sangat baik orangnya. sangat. memang adorable. susah nak marah dan senyum je orangnya. TAPI, ble ada masalah sosial mcm ni, takkan aku perlu diam diri je??

Ape nak buat ni!!

Thursday, January 21, 2010

Tarian Maut

Selama ni, aku tak sangka plak menari depan TV tu merbahaya.

Sampailah keluar berita semalam pasal Adik Cyndi yang meninggal sebab kena hempap TV tu masa die menari depan rakaman video tadika.

Kesian sangat. Kecil lagi budak tu. Umur dia baru 3 tahun. Tapi kalau dah ajal kan, macam-macam cara bley jadi penyebab kematian. Tapi dihempap TV memang tragis.

Pasni mesti famili die trauma dengan TV tu. Dengar cite, dorang nak buang TV yang hempap satu-satunya anak pompuan dorang tu. Abang-abang Cyndi pun tak bley terima kenyataan adik dorang takde. Asek tanya mana Cyndi pergi.

Takziah buat family mendiang Yeo Cyndi (gambar)





Kemalangan memang tak berbau. Waspadalah sepanjang masa. n Awasi anak kecil yang asyik bergembira.

Tuesday, January 19, 2010

Penangan "YUNo-hu"

Hari minggu paling hype dalam idup. Pejah kawen, Abang Yo kawen, dan paling hebat aku dapat makan ayam golek dan udang panjat nenas kat meja pengantin..sebab aku pengapit utk 2-2 majlis. ehehe~ Sodap bai....makan dengan rakus takyah kaber-kaber cam pengantin. Kui3..Dan pastilah adik beradik serta sepupu sepapat berasa jaki dan cuba untuk makan sekali tanpa perlu dipelawa. heh


Masa nak bersiap pergi kenduri Abg Yo, aku nyanyi-nyanyi merdu lagu Yuno-hu

"Oh bulan, enggan melayan diriku lagik. Pabila, air mata membasahi pipik"

tetiba Pn Sal menyampuk.

"Eh, ibu sukalah beliau tu. Manis je. Beliau tak nyanyi lagu omputih ke?"

"Err, nyanyi bu" jawab dengan muka takjuban

"Budaknya pun pandai kan? Graduate law tau dia tu" sambung Pn Sal bangga konon-konon aku tak tahu.

Aku diam je. Pandang Pn Sal.

"Cara dia pakai tudung pun kiut je"

Aku diam lagi, Pastu tunjuk telepon kat Pn Sal.

"Pn Sal, macam Yuna tak beliau nh?"



"Huh! tak langsung" sambil buat muka mencebik nak muntah






Eleh,jelesla tu, beliau tak bley pakai camtu. Nanti orang cakap lupa daratan.XD